bila kita dapat satu peluang untuk di gapai, kita rasa macam suatu benda yang terlalu besar untuk ditolak. untuk bermain jauh kadang kala perlukan pergorbanan.pengorbanan harta, masa, kasih sayang mahupun cinta.untuk 'grab' sesuatu tersebut kita mempunyai banyak pilihan, lalu datang pelbagai halangan. tidak kira dari segi mulut atau keadaaan. manusia, manusia. sudah penat berada disini, dimana keadaan menyebabkan hati berdolak dalih untuk terus berjuang. hanya memikirkan masa depan dan orang tersayang membuatkan perasaan ditolak jauh dan jatuh ke suatu tempat supaya susah lagi mahu mencari. malas mencari, sampai malas berfikir. mereka tidak mengerti akan sanubari yang sudah meronta ronta untuk mencari sesuatu yang menginginkan kepuasan. kepuasan yang tidak pernah lagi didapati dalam hidup. hidup bersosial dimana perasaan gembira dan stress hanya berlaku di suatu tempat yang jalannya sudah mereka pilih. buruk tidak sentiasa buruk. pandangan manusia selalu ke arah bawah y...