alternative

bila kita dapat satu peluang untuk di gapai, kita rasa macam suatu benda yang terlalu besar untuk ditolak. untuk bermain jauh kadang kala perlukan pergorbanan.pengorbanan harta, masa, kasih sayang mahupun cinta.untuk 'grab' sesuatu tersebut kita mempunyai banyak pilihan, lalu datang pelbagai halangan. tidak kira dari segi mulut atau keadaaan.

manusia, manusia.

sudah penat berada disini, dimana keadaan menyebabkan hati berdolak dalih untuk terus berjuang. hanya memikirkan masa depan dan orang tersayang membuatkan perasaan ditolak jauh dan jatuh ke suatu tempat supaya susah lagi mahu mencari. malas mencari, sampai malas berfikir.

mereka tidak mengerti akan sanubari yang sudah meronta ronta untuk mencari sesuatu yang menginginkan kepuasan. kepuasan yang tidak pernah lagi didapati dalam hidup. hidup bersosial dimana perasaan gembira dan stress hanya berlaku di suatu tempat yang jalannya sudah mereka pilih.

buruk tidak sentiasa buruk. pandangan manusia selalu ke arah bawah yang menyebabkan mereka sendiri tersungkur.

untuk membentuk sesuatu dalam diri tidak seperti mengopek kulit kacang. dipicit,dikopek dan disua dalam gua yang penuh dengan kenikmatan. kesabaran menghadapi rintangan perlu ada. adakah pasti ini adalah pilihan yang benar? hati sudah mencari maksud perpisahan. pergorbanan yang jauh. meninggalkan sesuatu yang lagi bernilai untuk mencari kepuasan.

adakah mereka pernah sedar, ada hati yang tersiksa dengan permainan dunia?

mungkin tidak. mereka menginginkan terbaik untuk rakan rakan mereka. kepentingan yang menyebabkan mereka suatu hari menyesal. berada di suatu tempat yang bukan menjadi penguat hati adalah suatu siksaan yang menikam diri dengan pelbagai soalan yang berlegar di ruang kepala.

itu belum masuk coding. kalau dah masuk jahanam.

akhir kata, keadaan sudah tidak lagi menyeronokkan. tidak lagi indah. tidak lagi nikmat.
semuanya kasar. kasar di mata. kasar di hati. ditambah pandangan yang tidak enak akan diri disebabkan kekurangan ilmu yang sepatutnya dipelajari dan ditanam semenjak azali berada di tempat itu.


nukilan suci.

syazwani ramli.


Comments

Popular posts from this blog

kasturi the best

beg paling best.