Posts

Showing posts from 2011

sometimes.

i need time to rest. nak lapangkan fikiran. sepanjang minggu ni memang teramat dasyat. melampau. dan ekstrem. kalau difikirkan balik, hati ni mungkin rasa nak menyimpang dah. tetapi kenangkan diri ini takdalah seberani mana, better redha je. i believe someday i will be art and design student. tak sekarang mungkin kemudian. im waiting for that day. anxiously. cepatlah 3 tahun. saya tak suka kamuuuuuuu....! babai! p/s: post yang serius akan diupdate nanti

happy!

sakit hati. but i want to be by his side. forever tau. tau. tau. oih kerja banyak. final pula nak dekat. melampau! melampau!

habis habisan

selesai satu kerja ingat bolehla rest, sekali ada lagi kerja yang terlambak. tambah pulak sekarang ni dah berani skip skip kelas, lepastu bila time tutorial mula la melilau nak download nota. nak baca sendiri, diri ini bukan einstein. so what to do? 1st,roomate. okay roomate belajar benda yang sama, jadi tunggu lecturer beliau habis ajar, suruh ajar balik. so, ada banyak masa nak buat assignments yang lain.yay! kedua,youtube ini penipu, end up aku bukak benda lain. ketiga, tidur. lagi tak boleh pakai. keempat. copy kerja kawan, fahamkan. lagi 2 minggu nak final bukak buku balik. oi bila nak habis kerja ni. tolonglah ada simpati sikit wahai manusia manusia sekalian alam. okay, nak sambung kerja lagi. babai

minit terakhir

Image
bila nak dekat presentation semua orang mesti sibuk nak cari bahan.well, kalau si pemalas macam aku ni, lagi 2 3 hari nak present better ambil long nap dulu. lepas dah puas dengkur dengkur baru nak refresh diri balik dan cuba start dari A to Z. tapi masa kalau dikira ada satu hari saja. yea, satu hari. yang hanya ada 24 hours. bermula dari mulut negatif sekeliling. aku kuatkan hati. jumpa lecturer banyak kali. sampai betul, sampai siap,sampai awesome. buat presentation kat Uni no joke i tell you sebab bukan dia tulis dekat kertas mahjong macam time matrikulasi dulu.ini slideshow mesti sertakan sekali dengan paperwork yang tebal serupa buku telefon yellowpage. -permulaan perjalanan. jadi harini kami menjalankan survey yang sangat seronok. terima kasih rakyat malaysia kerana memberi kerjasama . saya minta maaf sebab selama ini bertanggapan buruk dengan rakyat malaysia. bila survey sedang berlangsung, kebanyakkan sangat open,sangat tulus. dan sangat rabun. walaupun dengan sedikit kekuran

kolestrol jahanam hampir menyesal

Image
birthday abang nak dekat. jadi emak buat keputusan untuk awalkan celebration. mulanya bercadang nak makan pada hari jumaat di chili's KLCC, tetapi melihatkan orang malaysia yang kaya sanggup beratur sampai escalator,jadi harapan punah begitu sahaja. jadi kami bergerak ke mamak valentine.the best roti canai. -mamak paling best. tetapi emak sudah berjanji untuk belanja keesokan harinya. jadi harini kami bergerak ke chili's mid valley instead of KLCC untuk mengelakkan berlaku benda yang sama. -tempat menunggu. (sorry gambar begegar.gambar curi kan) -chilis the best. sebenarnya sebelum datang ke sini aku dah check dulu apa menu yang best kat sini. so datang, tak payah nak tengok menu lelame, bukak, selak sselai dua dulu, okay. saya nak country fried chicken. -country fried chicken dan yang abang punya grilled chicken mende ntah. setelah setengah jam makan.... -masih banyak lagi. roti je habis. tengah makan datang pulak chips nih.tapi ini memang best, chips nih dip dengan melted che

susah

susah la bawak laptop hari hari. berat. menjinjing dari 8 pagi sampai 8 malam. sampai sengal badan badan ni. memang la, sebab badan kamu tak fit. gemuk sangat. apa pun rasa letih. cuba kalau fit mesti tak rasa sangat letih tu. cuba kamu tengok budak cina, rilex je. takda masalah pun jinjing beg laptop. diorang fikir ada kawan dah okay. nak pergi library malam malam macam mana? jauh la.sampai 20 km. mana boleh jalan kaki. hidup kat Universiti ni memang susah. memang diorang train kamu macam tu. kamu nak senaaaang je semua. macam mana? nanti time kamu keluar la kamu nak cerita kat orang ramai pasal kamu susah nak buat ni, susah nak buat tu. internet slow la. susah nak buat kerja. sebenarnya takde internet lagi bagus. kamu terlalu bergantung kepada internet .nanti jadi lagi malas. pergi la cari buku. buku bagus. bagus dulu universiti abang buat macam tu. okay. kesedaran banyak sangat sekarang. sebenarnya banyak lagi unsur penghinaan dalam conversation ni. tapi diri ini tahan je. okay b

im glad

Image
this really made my day. i burst my tears and at the same i was laughing so hard reading this innocent message from my friend. okay. thank you sahabat. actually this is half of it. yang lain, private and confidential. yes, until now, im glad that you are my friend.bila la kita nak guling atas katil sama sama lagi?i missed you. aku tau ko demam, and yet, ko still balas msg aku. thanx. and thank you untuk sahabat lagi satu. babai. p/s: homesick lagi wehhhh

i know

sudah pukul 2.55 pagi. saya masih tak boleh tidur. mengenangkan hari cuti nak dekat habis. hati ini sakit sangat. sakit sangat hati. okay ayat ulang. tapi mengenangkan bulan satu cuti lagi. rasa macam nak lompat lompat.oi seronokkkk. sekarang ni tengah terfikir. macam nak menghadap keputusan bila naik cuti ni. risau. hati ni dah berjanji nak berubah. hati ni juga takut.kuatkan hati saya Ya Allah. ****************************************************************** sampai sekarang aku fikir. kalau la aku pergi interview landscape architecture haritu. confirm sekarang aku okay. kadang kadang aku salahkan takdir atas apa yang berlaku. kenapa aku diletakkan kat course ni.kawan aku yang dah chaww dulu dari matrik boleh pulak dapat dekan. weh aku frust tau dengar benda tu. if i already knew from the start ini adalah sistem matrikulasi. baik aku pergi politeknik.suka hati dia je campak campak orang. susah tau course ni. bukan semua orang boleh buat. kebanyakkan nya end up fail. extend. gagal b

persepsi

Image
persepsi. tanggapan. orang punya tanggapan. kita mana boleh ubah kan. im wondering, apa tanggapan orang kat kita eh?baik ke buruk? aku masih curious nak tau.macam kalau tengok satu orang ni. dah beli mcd, lepas tu order lagi makanan kat kedai makan,tengah malam makan lagi maggi. lepas makan,tidur. dengkur dengkur sampai pagi. padan la beliau gemuk dan ass besar. macam tu sekali ke tanggapan orang?. eh takutlah. tapi yang atas tu contoh je la.dekat sini aku selalu je risau apa tanggapan orang. ada yang kata, eh pedulikan lah cakap orang. mulut orang mana boleh shut kan. but,still. kita masih nak tau apa orang cakap kita.tipula kalau tak mahu tau.kalau jumpa mamat hensem pakai labcoat mulala nak betulkan baju, lipat tudung bagi nampat awning tudung tu kemas bulat cantik dan serata.kan? kan?supaya takda la mamat tu nak mengutuk dalam hati. maknanya takda la dia ada persepsi buruk terhadap kita. dalam situasi tadi ,me not like that okay. tapi tu dasyat. hipokrit. tak jadi diri sendiri. kat

event pelik

Image
i dont feel like writing anything. but the fact i am lazy actually telah menyebabkan sebulan sekali la nak writing a post. but when i think logically. eh, tak tulis, pun takpe. takda orang baca. semalam aku pergi dinner untuk BITI(bachelor in artificial intelligence).tahun ni mereka kata agak gempak kerana ada 5 batch yang datang. dan dinner ini juga dibuat untuk meraikan first batch BITI yang konvo. and that was the 1st time syazwani ramli memakai selendang untuk event sebegitu. and it was quite embarrassing for me yang 1st timer ni. but at the end of the day. ramai yang puji kiut.that's normal btw kawan kawan. i memang kiut dari matrik lagi. hidung je kembang. -make up by roomate yang lagi excited dari tuan punya badan -tudung pun sama. awesome kan. eee. (gambar menggigil.sorrry) -antara mereka yang vogeh. *vogue* drop it. so nak cerita la why the heck kalau dinner mesti ada lagu ini semangat yang hilang- XPDC sandarkan pada kenangan - jamal abdillah awan nano - hafiz( masih bo

formspring.me

Ask me anything http://www.formspring.me/syazwaniramli

kenapa nasib malang dah terbau.

masa matrik cuti raya haji tak dapat. end up makan daging lembu yang liat. ni semua gara gara pensyarah matematik yang terlibat dalam proses masakan tu. air bandung pun tawar. mungkin gula sudah pun di limitkan penggunaanya due to kerepek kat banting banyak disira gula. tapi kerepek banting masih tak boleh tanding kerepek yang mak order tiap tiap raya. itu tak tau kenapa. dah tanya orang yang jual tu. mereka kata masak guna selawat. entah, aku rasa macam ada voodoo. sebab bila makan sekali nak makan banyak kali. cop, sekarang kat UNI. menaip blog seminggu sekali kerana banyak assigments kena hantar segedebup. cuti deepavali pun tak dapat. ape la. ingat boleh la makan ladu bersama keluarga. tapi benda begini sudah dipredict awal tau. jadi diri ini takla frust sangat. serupa macam "kenapa nasib malang sudah terbau". balik ni igt nak lari laju laju. nak tengok boleh tak sambil berlari lepastu bercakap dengan lancar. kalau boleh, maknanya my breathing is awesome yall. oh, yea. ra

jadi gila

Image
eh, lama tak menulis dekat blog. minggu ini sangat busy dengan aktiviti yang tak berfaedah. yes, tidur. roomate pun complain kenapa terlalu banyak tidur. jawapan diberi hanya berdehem sahaja memandangkan kalau ikut sepanjang minggu beliau lagi banyak tidur. dah la banyak tidur, bangun pun lewat. okay mengumpat. oi gurau lah. ************************************************************************ hari rabu lepas aku telah mengikuti program PRS(pembimbing rakan siswa/siswi) bukan pembimbing rakan sebaya tau. bukan. aku tak suka yang tu. tu tak awesome. masa masuk tu. boleh pulak ada 10 orang je yang join. ewah. permulaan sumpah bosan. nasib baik gigi abang pengerusi cantik. jadi setiap tutur kata yang dikeluarkan dapat memberi fokus kepada diri ini. saya tak gatal yea. nope.im not. so,overall seronok lah. hidup di universiti ni indah lah. siapa kata tak best. best tau. jadi siapa yang nak masuk universiti sekarang buat tangan bentuk love ala ala tengok konsert justin bieber. jangan ang

saya tahu

Image
semalam bila senior datang mengajar. aku laju mengangguk bila dia kata faham ke tidak. jadi lepas diajar hati ini berkobar jugak la nak buat sendiri. sekali nak buat boleh pula lupa. terpaksa la meminta belas ihsan kawan untuk ajar balik semua.nasib baik la beliau berhati murni untuk mengajar.dengan gelojoh aku bawak laptop ke bilik beliau dan membuat programming dengan riang.selama 2 jam laptop dibiarkan menyala tanpa adapter. sekali dah siap semua boleh pula TUUPPP. teerpadamm. haram jadah, kerja semua tak save lagi. dengan pantas aku cabut adapter kawan aku yang sebelah lalu menyambungkan kat laptop aku. notice,beliau menggunakan komputer yang sama. TUPPP!!!! beliau punya pun terpadam juga. shut la wei! kenapa nihh. rupanya beliau telah menanggalkan bateri dan hanya bergantung harap kepada adapter itu sahaja.dengan berlakunya kejadian tersebut, kerja beliau pun hilangla begitu sahaja sama seperti aku.beribu maaf sudah diberi walaupun jawapan akhirnya hanya.. takpaaaa.takpaaa. (*oran

aku tau apa yang korang nak tau

Image
dekat U aku ni, hostel dalam kampus tak siap lagi. jadi kami duduk dekat pangsapuri yang serupa rumah kedai. jarak antara kampus aku dengan hostel adalah 10km. yea. 10 km. kalau terlepas bas memang impossible la nak jalan kaki. duduk la ko termenung sorang diri dan mengharap miracle akan muncul di saat kelas programming nak start kan.part programming terpaksa ditutup. malas nak elaborate panjang panjang. kang ada muncul istilah riak disamping kekufuran. merepek. -gambar menggigil. gambar di atas nampak bersepah bukan? bukan kerana kami malas. ini adalah komitmen kami terhadap buku dan facebook sangat tinggi. dan juga, kebanyakkan dalam rumah ini adalah budak enjen(engineer), mana ada masa nak kemas kemas ni. semua mesti percaya tau. -tempat syazwani ramli dari pandangan awesome. -sangat rajin. cawan tu dah 2 hari tak basuh.eh,beg meraahhh. sebenarnya ini bukan nak menunjukkan sisi buruk diri sendiri. ini adalah pengajaran kepada orang ramai bahawa time management sangat penting. junior

adaptasi perkara baru

Image
sekarang ni aku masih lagi menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar. terutama sekali bila berhadapan dengan bas yang tak pernah langsung nak on time. serupa takyah tampal timetable pun takpa. selasa lepas aku terlepas bas. bas setiap kali lalu mesti penuh. kami yang dari fakulti lain ini memang sentiasa pasrah bila terpaksa berdiri dengan membawa beg laptop yang sama berat dengan beras 5 kilo. jadi kesudahan aku surrender, pergi solat lepastu dengan harapan bas akan datang lepas ni. -tergolek di dalam masjid. waarghh. letih! sekali tengok bas last pukul 7.30. tapi jam kat tangan sudah pukul 8. bas akan start beroperasi balik pukul 10.30. 10.30? WTF. jadi aku duduk dalam library dulu. main facebook. lepastu jalan jalan kat keliling universiti pakai baju kurung.tengah malam pulak tu. dimana semua kawan seangkatan sudah pun mandi dan bersiap sedia untuk membuat coding yang masyaAllah nak nangis. balik rumah dah terbungkang macam hape je. lepastu check homework. erghhhhh. banyakknye.nak st

muka yang bermasalah

Image
muka aku takda jerawat pun. blackhead mungkin banyak. balik nanti mungkin nak singgah sasa untuk beli produk b-liv yang direkemen oleh maria elena. okay. bukan nak cakap pasal tu. tapi pasal muka aku yang selalu buat muka bila bercakap. aku pun tak tau macam mana nak buang habit ni. mungkin ada setengah yang suka. dan ada yang annoying. bila dah masuk U ni memang aku nak buang perangai ni. tapi dalam banyak situasi benda tu automatik keluar. erkk. teruk. sorry yang terkena. tambah pula muka aku ni diiktiraf muka sombong. roomate aku sendiri cakap macam tu.terkejut jugak bila dengar. "wani, kalau orang 1st time jumpa kau,mesti orang ingat kau sombong. muka kau muka sombong." tegasnya. sebab tu jangan judge a book by its cover kan.aku okay je bila ada orang nak bercakap. tapi tu lah masalah . banyak banyak minta maaf yang lain. sekarang ni masih lagi belajar untuk tidak mengangkat kening bila bercakap dengan orang. bukan tak boleh mengangkat kening bila bercakap.cuma ekpresi mu

rezeki masing masing

Image
seronok dengar bila kawan kawan dah boleh menyesuaikan dengan kehidupan yang baru. ada yang dah ada geng. okla tu kan. aku pun okay. dah boleh terima kenyataan yang aku sekarang bukan lagi pelajar kolej. sekarang ni pelajar universiti. mula mula masuk tu ramai yang cakap course ni susah la. course baru. tak ramai yang berani ambil. ada yang kena repeat 4 ,5 kali. oi, tu melampau. ada yang kata course ni terbaik. peluang kerja banyak sebab buat robot. yea, memang aku dari kecil teringin gila nak buat robot. teringin sangatla. tapi apakan daya bila dekan kata,"bersyukur lah anda sebab Tuhan telah menghantar awak semua ke sini." sebab ramai lagi yang tak dapat IPTA. okay. part tu aku boleh terima. but for now, aku rasa not bad. mungkin baru permulaan kan. pertengahan tak taula. berharap semuanya akan berjalan dengan baik. dan kepada kawan kawan yang lain, aku seronok bila korang kata korang okay dengan course masing masing. aku nak korang berjaya. aku takda sikit pun perasaan de

kalau lengahkan masa. ini jadinya.

Image
seminggu kelas tak putus putus. orang kata degree ni rilex sket. entahle, aku tak tau time mana yang rilexnye. kelas aku ada yang start 8 pagi straight la sampai pukul 6 petang. balik je terus terbungkang. penat teramat.cewah, padahal assignment belum ada lagi. saja stress melebih. aku malas sebenarnya nak cerita pasal apa yang aku belajar. sebab segelintir je akan faham. yang lain nanti terpinga pinga. lepastu mulalah nak google. tak payah la kan. kalau sesiapa yang ambil medicine lepastu cerita pasal anatomi kat aku pun, aku takkan paham. aku cakap pasal motherboard,hard disk. korang cakap pasal body parts yang pelik pelik. euww. gewli taw nak dengaw pasall bendeww iteww.kiteww manew sukew bendew pewlick pewlick camniey. oih geli baca. oh, pasal title post tu sebenarnya aku kat kl sekarang ni. banyak dokumen penting tak settle. lagi pun melaka dengan KL dekat.boleh la balik dengan rilexnye. tambang pun RM10 je. diulangi. melaka ke KL adalah RM10. sesiapa yang duduk dekat utara,bar

orientation is so hell week i tell you.

Image
orientasi adalah suatu aktiviti yang tak pernah aku merasa. nasib terlalu baik sampai aku terlepas semua. tetapi kali ini tidak lagi.ambik kau sampai 6 hari. melalak aku bila first day dah bangun pukul 5 pagi. woih azab sangat. melaka pula sangat sejuk. jadi aku buat keputusan untuk jirus jamban je instead of mandi bagi tidak diketahui oleh roomate. -pagi pagi dah tggu bas. cuba tengok, beg semua sepesen je. me, sorry la nak pakai walaupun fasi dah tegur suruh pakai jugak beg tu. -beg merah kesayangan. eh seronok. hari kedua, hambik. tak mandi terus. petang dah bau masam. nasib baik la minyak wangi aku awesome. begitulah sepanjang 6 hari. aktiviti tak payah cakaplah, ceramah masyaAllah banyaknye. tak larat aku dengar semuanya. jadi,sepanjang minggu yang ada ceramah tu,aku tidur je. nasib baik best. ada aircond.sampai nganga nganga aku tidur. lantakla kan. bagi yang tak bernasib baik, gambar diorang yang tidur dipampangkan. eh, jahat wehh. dahla LCD beso beso. kalau aku kena. memang men