Posts

Showing posts from September, 2011

adaptasi perkara baru

Image
sekarang ni aku masih lagi menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar. terutama sekali bila berhadapan dengan bas yang tak pernah langsung nak on time. serupa takyah tampal timetable pun takpa. selasa lepas aku terlepas bas. bas setiap kali lalu mesti penuh. kami yang dari fakulti lain ini memang sentiasa pasrah bila terpaksa berdiri dengan membawa beg laptop yang sama berat dengan beras 5 kilo. jadi kesudahan aku surrender, pergi solat lepastu dengan harapan bas akan datang lepas ni. -tergolek di dalam masjid. waarghh. letih! sekali tengok bas last pukul 7.30. tapi jam kat tangan sudah pukul 8. bas akan start beroperasi balik pukul 10.30. 10.30? WTF. jadi aku duduk dalam library dulu. main facebook. lepastu jalan jalan kat keliling universiti pakai baju kurung.tengah malam pulak tu. dimana semua kawan seangkatan sudah pun mandi dan bersiap sedia untuk membuat coding yang masyaAllah nak nangis. balik rumah dah terbungkang macam hape je. lepastu check homework. erghhhhh. banyakknye.nak st

muka yang bermasalah

Image
muka aku takda jerawat pun. blackhead mungkin banyak. balik nanti mungkin nak singgah sasa untuk beli produk b-liv yang direkemen oleh maria elena. okay. bukan nak cakap pasal tu. tapi pasal muka aku yang selalu buat muka bila bercakap. aku pun tak tau macam mana nak buang habit ni. mungkin ada setengah yang suka. dan ada yang annoying. bila dah masuk U ni memang aku nak buang perangai ni. tapi dalam banyak situasi benda tu automatik keluar. erkk. teruk. sorry yang terkena. tambah pula muka aku ni diiktiraf muka sombong. roomate aku sendiri cakap macam tu.terkejut jugak bila dengar. "wani, kalau orang 1st time jumpa kau,mesti orang ingat kau sombong. muka kau muka sombong." tegasnya. sebab tu jangan judge a book by its cover kan.aku okay je bila ada orang nak bercakap. tapi tu lah masalah . banyak banyak minta maaf yang lain. sekarang ni masih lagi belajar untuk tidak mengangkat kening bila bercakap dengan orang. bukan tak boleh mengangkat kening bila bercakap.cuma ekpresi mu

rezeki masing masing

Image
seronok dengar bila kawan kawan dah boleh menyesuaikan dengan kehidupan yang baru. ada yang dah ada geng. okla tu kan. aku pun okay. dah boleh terima kenyataan yang aku sekarang bukan lagi pelajar kolej. sekarang ni pelajar universiti. mula mula masuk tu ramai yang cakap course ni susah la. course baru. tak ramai yang berani ambil. ada yang kena repeat 4 ,5 kali. oi, tu melampau. ada yang kata course ni terbaik. peluang kerja banyak sebab buat robot. yea, memang aku dari kecil teringin gila nak buat robot. teringin sangatla. tapi apakan daya bila dekan kata,"bersyukur lah anda sebab Tuhan telah menghantar awak semua ke sini." sebab ramai lagi yang tak dapat IPTA. okay. part tu aku boleh terima. but for now, aku rasa not bad. mungkin baru permulaan kan. pertengahan tak taula. berharap semuanya akan berjalan dengan baik. dan kepada kawan kawan yang lain, aku seronok bila korang kata korang okay dengan course masing masing. aku nak korang berjaya. aku takda sikit pun perasaan de

kalau lengahkan masa. ini jadinya.

Image
seminggu kelas tak putus putus. orang kata degree ni rilex sket. entahle, aku tak tau time mana yang rilexnye. kelas aku ada yang start 8 pagi straight la sampai pukul 6 petang. balik je terus terbungkang. penat teramat.cewah, padahal assignment belum ada lagi. saja stress melebih. aku malas sebenarnya nak cerita pasal apa yang aku belajar. sebab segelintir je akan faham. yang lain nanti terpinga pinga. lepastu mulalah nak google. tak payah la kan. kalau sesiapa yang ambil medicine lepastu cerita pasal anatomi kat aku pun, aku takkan paham. aku cakap pasal motherboard,hard disk. korang cakap pasal body parts yang pelik pelik. euww. gewli taw nak dengaw pasall bendeww iteww.kiteww manew sukew bendew pewlick pewlick camniey. oih geli baca. oh, pasal title post tu sebenarnya aku kat kl sekarang ni. banyak dokumen penting tak settle. lagi pun melaka dengan KL dekat.boleh la balik dengan rilexnye. tambang pun RM10 je. diulangi. melaka ke KL adalah RM10. sesiapa yang duduk dekat utara,bar

orientation is so hell week i tell you.

Image
orientasi adalah suatu aktiviti yang tak pernah aku merasa. nasib terlalu baik sampai aku terlepas semua. tetapi kali ini tidak lagi.ambik kau sampai 6 hari. melalak aku bila first day dah bangun pukul 5 pagi. woih azab sangat. melaka pula sangat sejuk. jadi aku buat keputusan untuk jirus jamban je instead of mandi bagi tidak diketahui oleh roomate. -pagi pagi dah tggu bas. cuba tengok, beg semua sepesen je. me, sorry la nak pakai walaupun fasi dah tegur suruh pakai jugak beg tu. -beg merah kesayangan. eh seronok. hari kedua, hambik. tak mandi terus. petang dah bau masam. nasib baik la minyak wangi aku awesome. begitulah sepanjang 6 hari. aktiviti tak payah cakaplah, ceramah masyaAllah banyaknye. tak larat aku dengar semuanya. jadi,sepanjang minggu yang ada ceramah tu,aku tidur je. nasib baik best. ada aircond.sampai nganga nganga aku tidur. lantakla kan. bagi yang tak bernasib baik, gambar diorang yang tidur dipampangkan. eh, jahat wehh. dahla LCD beso beso. kalau aku kena. memang men

beg paling best.

Image
dulu masa aku start sekolah, aku selalu pakai barang terpakai. selalunya barang abang akulah. buku, beg dan macam macam lagi. aku ingat lagi pakai satu beg warna biru hijau. beg tu banyak gila poket. sampai sekarang aku tak tau apa function poket poket tu. tapi yang paling best aku selalu kena compare lah. beg aku buruk, beg orang lain cantik. beg diorang semua pulak stok macam luggage. siap ade roda lepastu boleh tarik. macam nak naik flight kat KLIA. tapi aku tak kisah. aku pakai apa yang ada, nak ejek. silakan. sampai la masa aku darjah 5.mak aku kesian tengok aku yang semua benda tak kisah. sampaikan beg tu dah buruk pun aku pakai lagi. yang lebih critical, bila beg tu dah start mengecil dan tubuh makin membesar. obvious betul beg tu kecil bila badan dah start besar kan. jadi,kebetulan mak aku kena pergi US. tak semena mena mak aku belikan aku beg ni. -beg jansport. masa dapat beg ni aku macam biasa je.sebab time tu mana reti appreciate barang lagi.lepastu tak her