bilik saya yang cantik.
pertama kali aku masuk ke bilik ni,aku mula membencinya.kerana,aku terpaksa berkongsi dengan tiga orang yang tidak aku kenali.





tu pintu dia. buruk kan? dah start nak benci kan? tu belum masuk lagi.dah masuk macam ni plak rupa dia.
- terpaksa hitamkan,identiti di rahsiakan
lawa ke?lawa ennnn...aku sendiri kagum dengan bilik ni kesudahannya.dengan besarnye.selesa.bantal yang diorang kasi pula,gebu gebu.tilam pula selembut tilam.ouh..
memang selesa lah. tengoklah betapa hebatnya bilik kitorang.siap ada carpet biru lagi.
korang ada??
-saja tunjuk lebih lebih.
eh,tapi ini bukan tempat saya.tempat saya tidak boleh ditunjukkan atas sebab sebab tertentu.
tak elok sebenarnya menunjukkan sisi buruk sendiri(got it?)
oh yea,itu tempat roomate saya,fateen.baik orangnya.berasal dari ipoh.merupakan pelajar fizik.
seronok dapat mengenali beliau.minta maaf lah,gambar tiada.kami tiada masa untuk bergambar.
cewah.padahal kau sibuk tidur memanjang.
roomate saya yang kedua,khuun.juga tiada gambar.merupakan pelajar hayat. seronok dapat mengenali beliau(ayat copypaste). sangat dedikasi,bertanggungjawab dan kuat belajar. pangkat beliau antara yang tertinggi di matrikulasi. entah aku pun tak ingat ape pangkat dia.
janji tinggi.
roomate saya yang ketiga.juga tiada gambar.iaitu marsyita.merupakan pelajar hayat juga. tak tau nak describe apa sepanjang mengenali beliau. sebab beliau merupakan pelajar sekolahku,dan merupakan ex classmateku merangkap pengawas pusat sumber di sekolahku.
okay,saya kenal dia.
sudah bercerita pasal roomate.time untuk jiwang sket.
aku nak korang tahu yang sebenarnya,aku seronok dan gembira dapat mengenali korang.korang adalah roomate aku yang pertama.korang adalah segalanya(???).aku nak minta maaf sebab tak dapat nak luangkan masa yang banyak bersama korang.aku selfish.aku banyak tidur dan banyak spent masa dengan kawa kawan aku yang lain. bila aku dah keluar matrik barulah aku menyesal.minta maaf juga sebab aku selalu lari dari korang sebab kononnya nak belajar padahal aku tidur kat bilik khadijah.
i minta maaf khuun,wani minta maaf yea fatin.aku minta maaf yea syita.
apa apa pun,koranglah yang terbaik.korang sangat istimewa bagi aku.korang tiada pengganti.
bila la agak nya kita boleh main UNO sama sama lagi?bila lagi kita nak makan sama sama?
bila korang semua sorang sorang tinggalkan aku dalam bilik tu,baru aku sedar yang korang patut dihargai.
-jangan tengok baju baju tu
aku sedar,semua ni dah tinggal kenangan.kenangan yang akan terpahat dalam kepala ni sampai bila bila.
semoga korang semua berjaya menjadi insan yang baik. berjaya dalam bidang yang korang ceburi.aku minta maaf sekali lagi sebab tidak menjadi kawan yang baik kepada korang.
apa apa pun .....
bilik AP1-T1-08 adalah terbaik!!!!!!!!!!
Comments
Post a Comment