saya tak menipu laa...gurau je.

3 hari lepas habis matrik,aku terus call opah.wah,opah sangat gembira.jadi opah memutuskan untuk datang ke sini untuk melawat cucunya yang habis matrik.jadi bermacam macam bekal di bawa seperti ikan rebus,tempoyak dan pelbagai lagi.

opah,opah...

kami duduk di rumah sahaja.aktiviti yang dibuat adalah berborak dan mengumpat artis.tidak ketinggalan juga menonton drama asmara dan sahara di tv3.eh terlupe,stalk gambar kat facebook orang juga sebahagian dari aktiviti.

opah,opah..

eh lupe lagi.memasak.

pasal memasak ni.selalunya opah yang tentukan apa nak masak.satu hari tu opah tanya,

opah: "nani,nak masak apa harini?"

saya: "tak pe pah(opah),biar nani masak harini.selalunye nani masak sup kacang panjang.."

opah: "hah?! ada ke sup tu?"

saya: "ade pahh...usahle riso..."

so...opah pun dengan percayanya telah memotong kacang panjang,kentang dan karot untuk membuat sup.pelbagai bahan lain juga disediakan.bersungguh sungguh orang tua tu.

setibanya aku ditempat kejadian,aku terperanjat dan rasa nak lari time tu jugak.opah dah siap menumbuk segala bagai bahan.tersusun je.wah..matila!

saya: "opah nani gurau je la.mana la ada sup kacang panjang..? opah percaya! haha."

opah: "aku tumbuk kauu karanggg!! aku dah siapkan semua nihh."

lorh.sorry la pah...ingat opah tau orang gurau.

-saya suka sayur macam ni..sedappp!





Comments

Popular posts from this blog

kasturi the best

beg paling best.