akhirnya saya normal kembali
kenapa saya tak normal? sebab orang tidur saya berjaga,orang berjaga saya tidur. ni semua kerja si internet barbie. semalam dengan keazaman yang tinggi,aku pun tak tidur satu hari.akhirnya aku kecundang juga pada pukul 9 malam. time ni memang dah tak boleh nak tahan. tapi alhamdulillah sempat solat isyak dulu sebelum tidur.





apa pun kena selesaikan hutang dulu..
bangun pagi pukul 5,terus menggigil kelaparan. nasib baik ayah ade beli laksa. dalam pack laksa ada macam macam, termasukla telur. tapi kenapa telur dia lain macam yea?
takda la rupa dia macam ni. rupa dia lagi buruk.untuk pengetahuan,ini adalah fake egg. bila aku makan telur tu rasa dia macam berpasir. pelik. takda rasa telur. geli weh. terus buang.
aku rasa confirm lah fake egg ni. tapi fake egg ni dah terjual sampai sini ke? dan setahu aku la kan. kos untuk membuat fake egg ni mahal harganya kalau nak dibandingkan yang kita dapat naturally. means telur ayam yang asli. kalau jual,harganya aku rasa mahal la juga kan?
tapi peniaga kenapa peniaga beli?
murah ke? tak tau la wei.. tapi bagi aku ni kes naya orang. kau nak bunuh orang ke hape?banyak kot chemical dalam fake egg ni.entah berapa banyak la orang yang dah telan benda kimia ni.
kalau dekat china aku faham la. maybe diorang nak bunuh rakayat mereka yang terlampau ramai tu.kat malaysia ni lain la. kami kekurangan penduduk. ini betul eh, aku belajar geografi dulu.
so kesudahannya aku makan la juga laksa tu. laksa tu pun aku tak berapa yakin nak makan memandangkan opah kata kadang kadang diorang blender tisu untuk gantikan ikan.
dasyatnya dunia sekarang. macam mana nak percaya orang dah lepas ni?*nanges*
untuk mengelakkan ditipu,aku masak sendiri. tadaa..
ni sambal jawa yang tak serupa sambal jawa. kenapa? sebab takda tempe,tahu, suun, dan fucuk. rumah aku takde benda ni. tapi aku ganti dengan kentang,kacang dan ikan bilis. kacang panjang ni memang wajib la kan.
rasa dia.urm.
selain tu ada juga la tambahan..telur dadar faveret saya!
okay setakat itu sahaja. sekarang ni kena kemaskan dapur sebelum mak balik.
babai!
Comments
Post a Comment