random lah

rasa macam hari hari nak post kat blog.tapi tak da idea.dan takda orang nak baca.nak tulis post ni pun kena fikir banyak kali.kadang kadang ambil masa sampai sejam nak fikir idea.takut tersalah tulis boleh mencetuskan kontroversi.kang tak pasal pasal ada kes saman menyaman.

pasal post yang sebelum ni pun yang pasal lecturer math aku tu,aku fikir banyak kali nak tulis.takut wife dia terbuka,terbaca terklik pula kat badge facebook aku yang sebelah kanan tu,terus terpampang muka aku.wah...matila.tak pasal pasal aku kena balik nanti.tujuan aku tulis adalah untuk suka suka je.nak buat lawak je.

siapa yang tak boleh terima,saya faham.saya tau,ada je silence follower kat sini.cuma tegar sedikit untuk menekan butang "follow" dan seterusnya agak tegar untuk comment walaupun cuma nak tunjuk emoticon. emoticons benda ni :) :( ;) =P

dan bermacam macam lagi bentuk dia.

eh nak complaint sikit boleh.sorry dan minta maaf kalau benda ni adalah bersifat provokatif.aku nak complaint pasal blog blog yang aku penah baca sebelum nih.

1.kenapa korang suka letak lagu dalam blog eh?

serius cakap,aku betul betul distract dengan lagu yang korang letak dalam blog korang tu.lagu kalau slow boleh considerate lagi.ni yang kes lagu macam lagu eminem yang im not afraid tu.bukak je tab baru terus lagu keluar.terkejut wehh! pastu terus omaigos,omaigosh! mana button volume ni??!! tak nampak!. mak pula tidur di sebelah,terus terjaga,tak pasal pasal kena sound suruh tutup komputer and tido.



bahaye betul blog korang nih.

2.kenapa sarat dengan advertisement?

yelah,aku ni bukan lah ahli nuffnang sebab follower pun 12 orang je.so,rasa macam tak payah pun takpa kalau takda benda alah tu.tapi aku tgk diorang yang ada benda ni,sarat blog dengan ads tu.kalau benda tu tak menggangu takpa,ni menggangu.nak baca post korang pun kene scroll tinggi tinggi lepastu baru boleh baca.

last last aku fedup terus tutup.malas nak layan dah.baca buku mahathir lagi best.*a doctor in the house.highly recomended*

3. aku dengki,post korang kadang kadang tak best,tapi ramai gile follower.(luahan perasaan)

weh,apa yang aku tulis honest tau.seperti sekarang ni.cuma post 2010 dan 2009 je yang kurang matang sikit.tapi sekarang ni saya dah berubah.and yeah,kadang kadang aku baca blog orang lain,aku rasa,wah tak best gila apa yang kau tulis ni.merepek.dan banyak gila mencarut. lepastu follower boleh je sampai 80009090902012910. geram nih.

*masih geram*


weh,follow la aku.

sumpah desperate.hehe.takla.tak payah follow pun takpa.aku akan sentiasa menulis dari semasa ke semasa. aku tau ada kawan kawan yang mengikuti perkembangan aku dari blog ni.ye la,nak call segan.nak msg malas. takpalah.aku akan terus menulis untuk korang.

4. tolong guna font yang sesuai.

akibat tulisan yang terlalu fancy maka satu butir aku tak paham.jadi,aku terpaksa highlight the whole post,copy then tukar font and baca. tak ke menyusahkan macam tu.buat yang tulisan simple sudahle. font dahla bersimpul simpul ,lepastu warna gila cerah.and,and layout korang banyak yang pelik.

guys,please.take note of this.this reason why i said this sebab korang punya blog kadang kadang banyak info yang berguna.it helps me sometime.

5. bahasa. nyewwww.

pasal benda ni,dari sekolah sampai masuk matrikulasi aku tak paham mengapa mereka menggunakan bahasa ni.bukan menjimatkan pun.malah menambah kan lagu huruf,tak save langsung bak kata anwarhadi.tapi aku malas nak comment panjang panjang. sebab ramai yang menggunakan bahasa ni.


akhir kata,stop guna bahasa ni.sayangi bahasa kita.


weh,dahla bebel.mau continue tengok cerita drive angry.

saya tau,saya tau..ramai dah tengok.

babai!


Comments

Popular posts from this blog

kasturi the best

beg paling best.