faham dan terus faham

lama aku tak tulis panjang panjang kat blog ni. ehem. i busy.

sebenarnya, blog ni jela ade privacy sikit. yang lain semua dah kena follow ngan member member lain. jadi banyak benda terbantut nak cakap. sekarang banyak benda nak luah.

jumaat haritu aku ada test untuk figure drawing. Aku lambat datang sebab dapat information yang entah dari mana aku dengar kelas start pukul 10. sekali test start 8.30.

aku bangun and rush terus ke fac. sampai dalam 9.15. masuk terus nampak muka encik farid and buat simbol minta maaf sebab lambat. tetibe aku teringat lagi ex roomate aku cakap.

" wani jangan buat taik kat lecturer naa."

seriously shit. shit ass damn you wani!. aku buat hal lagi.

semua orang dah ambil port masing masing. aku terkial kial lagi dengan papan sebesar alam. dengan kertas masih dalam scroll. settle preparation aku nak lukis. sekali port takde. budak semua dah kerumun kat depan. nak suruh anjak kang lari pula scale diorang.

okay aku redha ambil tempat jauh sikit and start lukis. masa tu encik farid keluar. macam biasa la. dia keluar. one hour after that dia masuk untuk tengok progress.

aku tak nampak langsung figure aku tu. sebab junior depan aku halang. bila dia tanya aku nampak ke tidak, aku angguk je. kesian pula nak suruh dia ubah position.


hidup aku ni memang banyak simpati kat orang sampai makan diri.


aku tetap lukis sampai siap. encik farid masuk dan dia tengok progress one by one. and, dia langsung tak pandang aku punya drawing.

damn. aku  dah agak. kau sudah buat tahi wani.

second round dia lalu lagi still dia tak pandang and tak komen apa apa. usually ade sarcastic punya komen yang aku terima. but kali ni takde langsung.

yea memang buruk, tapi nak ukur Tuhan je tau.

john yang perlu dilukis.


end up dia suruh semua orang hantar. aku hantar. tapi aku fikir, final aku cmni je ke? takde cara lain, aku suruh kawan aku balik dulu dan aku start buka balik kertas and lukis balik.

dan aku sorang je dalam kelas. kosong kelas tu.

aku masa tu memang nak nangis je. start permulaan hari dah buruk, datang lambat, port takde. lukisan buruk. 

aku bukak lagu freebird. aku dengar lagu favorite ayah. bukan nak poyo disini. tapi lagu lagu tinggalan ayah ni la buat aku kuat sangat. aku kuatkan hati. dan terus buat lukisan.

dan siap.

aku tggu encik farid, tapi punyala lama. aku tanya pendapat sahabat matrik aku ,jah, patut ke tidak aku hantar. aku risau apa yang encik farid fikir, aku takut dia reject. aku cerita habis dekat kawan aku. jah kawan baik aku susah senang. kau cerita kau sembelit dalam toilet pun dia boleh layan.

ini pula luahan perasaan.

siap pukul 2, hantar pukul 4. banyak sgt dolak dalik dengan jah.





dan semenjak tu aku bengang dengan encik farid. serious tak tipu. aku rasa macam dia terlalu bagus untuk buat macam tu dekat aku.

tapi.


lepas aku terbuka satu blog ni, aku rasa dia pensyarah yang baik. dia struggle very hard nak student dia paham apa yang dia cuba sampaikan. aku admit, cara dia ajar memang takde theory langsung, demo sikit, okay buat sendiri. then aku tau dengan technique macam tu kita developed macam macam skills sebab banyak buat salah.

aku igt lagi first time buat figure. serious aku gigil. kepala john besar, badan dia kurus memanjang. kaki dia takde. memang funny.

 then dia cakap. "takpe, belajar."

dan sekarang aku respect dia. banyak ilmu dia. cuma biasalah anak melayu, sombong bertanya. kalau tanya macam skema pula kan..


jadi aku terlepas macam macam.


kebodohan sepanjang sem yang aku akan ingat sampai aku terer nanti.


bertanya bertanya dan terus bertanya. ilmu mereka banyak. aku pasti diorang tak kedekut.







dan ini adalah post terpanjang. taktau bila ada masa lagi nak tulis panjang panjang macam ni.


syazwani ramli










p/s:" ayah this is my never ending effort. kalau ayah ada, nani mesti dah cerita dah semua ni." tapi ni semua takdir. nani terima.

kepada encik farid, tolong jangan terbaca. lepas dah submit markah baru boleh baca.






Comments

Popular posts from this blog

kasturi the best

beg paling best.