saya peduli

saya rasa saya seorang je peduli tentang masalah yang berlaku dekat haiwan sedunia..bila saya buka youtube,rupanya banyak yang peduli.alhamdullilah..

saya sangat sedih dengan perilaku manusia zaman sekarang ni.mereka tidak takut akan bala yang akan menimpa merekakah?saya sangat pelik dan hairan..saya sangat pelik dengan sikap manusia yang sangat kejam dan tergamak untuk membunuh haiwan sesuka hati mereka.apa yang pentingkan adalah duit,duit dan duit...itu sahaja..sifat perikemanusiaan diketepikan..

bercakap pasal bala yang akan menimpa..saya bukan menyentuh pasal isu agama.ini adalah pegangan semua orang,seperti"what goes around,comes around".betulkan?apa yang kita buat di atas muka bumi ini akan di balas balik dgn apa yg kita lakukan tidak kiralah perbuatan baik atau buruk..

saya baru sahaja membuka facebook tadi..saya banyak menjadi 'fan' kepada page yg menentang animal cruelty.dan salah satu page tu adalah PETA(ethical treatment of animal),banyak maklumat yang saya dapati di situ,salah satunya berita mengenai kekejaman kerajaan china yang membenarkan haiwan disiat untuk mendapatkan bulunya.haiwan yang saya cakapkan ialah kucing dan anjing.ini pertama kali saya mendengar ada segolongan manusia yang menggemari memakai bulu haiwan tersebut.selalunya haiwan yang diambil bulunya ialah,kambing biri2,beruang,panda..tapi kali ini berbeza...

dan dalam page PETA itu di suggestkan untuk melihat proses untuk mendapatkan bulu tersebut..
sangat sedih..haiwan2 dihimpitkan dalam satu sangkar yang sangat kecil..berhimpitlah mereka sambil meraung2..kesian kalau dilihat..kucing dan anjing tu..sayu je muka mereka..mereka sendiri tak tau apa nasib yang akan menimpa mereka..

yang sedih tu..
mase mula2 mereka(anjing n kucing) sampai tempat untuk 'disiat'.sangkar mereka ditolak dengan menggunakan kaki sahaja dari atas lori trak..bayangkanlah,tingginya trak tersebut..kalau tidak silap saya,ada kucing yang terpatah kakinya apabila sangkarnya mencecah lantai..kasihan sungguh...yang membuatkan saya terharu apabila mereka zoomkan kamera ke arah kucing2 yang didalam sangkar tu,ada diantara mereka menjilat antara satu sama lain..terharu betul saya..bayangkanlah,kucing pun ade sifat 'kemanusiaan' mereka..kita ini yang di beri akal,fikiran...masih tidak tahu untuk menggunakan ke jalan yang betul..

selepas itu mula proses membunuh secara kejam..kucing itu dipukul menggunakan objek keras,anjing pula dipijak2 sehingga mati...

banyak negara telah mengharamkan bulu2 haiwan ini diproses untuk membuat bulu..
negara2 barat telah lama berhenti,kerana bagi saya tahap civilization mereka sudah tinggi...mereka sudah mementingkan sikap kemanusiaan,menanam sifat kasih sayang di antara haiwan dan manusia..cuma satu negara sahaja yang difahamkan masih lagi membenarkan urus niaga ini..negara canada,tidak silap saya..

di youtube beribu2 video klip yg menunjukkan kekejaman ini..ada diantara mereka merayu untuk membuat donation.dan ada diantara mereka menyuruh membuat surat dan hantar ke embassy of china(negara pengeluar terbanyak bulu kucing dan anjing) tanda kita menentang pengeluaran bulu haiwan tersebut..

saya nak buat,tapi memerlukan banyak kekuatan,keberanian,pendapat dan sokongan.

insyaAllah saya akan buat satu hari nanti...

demi untuk menghapuskan kekejaman terhadap haiwan,dan kepentingan semua manusia..

at the end my post,i would like to invite all of you..

TOGETHER WE AGAINST ANIMAL CRUELTY!





Comments

Popular posts from this blog

kasturi the best

urrgghhh. ngantuknye . >:)