adaptasi perkara baru
sekarang ni aku masih lagi menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar. terutama sekali bila berhadapan dengan bas yang tak pernah langsung nak on time. serupa takyah tampal timetable pun takpa. selasa lepas aku terlepas bas. bas setiap kali lalu mesti penuh. kami yang dari fakulti lain ini memang sentiasa pasrah bila terpaksa berdiri dengan membawa beg laptop yang sama berat dengan beras 5 kilo. jadi kesudahan aku surrender, pergi solat lepastu dengan harapan bas akan datang lepas ni. -tergolek di dalam masjid. waarghh. letih! sekali tengok bas last pukul 7.30. tapi jam kat tangan sudah pukul 8. bas akan start beroperasi balik pukul 10.30. 10.30? WTF. jadi aku duduk dalam library dulu. main facebook. lepastu jalan jalan kat keliling universiti pakai baju kurung.tengah malam pulak tu. dimana semua kawan seangkatan sudah pun mandi dan bersiap sedia untuk membuat coding yang masyaAllah nak nangis. balik rumah dah terbungkang macam hape je. lepastu check homework. erghhhhh. banyakknye.nak st...