orientation is so hell week i tell you.

orientasi adalah suatu aktiviti yang tak pernah aku merasa. nasib terlalu baik sampai aku terlepas semua.

tetapi kali ini tidak lagi.ambik kau sampai 6 hari. melalak aku bila first day dah bangun pukul 5 pagi. woih azab sangat. melaka pula sangat sejuk. jadi aku buat keputusan untuk jirus jamban je instead of mandi bagi tidak diketahui oleh roomate.

-pagi pagi dah tggu bas. cuba tengok, beg semua sepesen je. me, sorry la nak pakai
walaupun fasi dah tegur suruh pakai jugak beg tu.


-beg merah kesayangan.


eh seronok. hari kedua, hambik. tak mandi terus. petang dah bau masam. nasib baik la minyak wangi aku awesome.

begitulah sepanjang 6 hari.

aktiviti tak payah cakaplah, ceramah masyaAllah banyaknye. tak larat aku dengar semuanya. jadi,sepanjang minggu yang ada ceramah tu,aku tidur je. nasib baik best. ada aircond.sampai nganga nganga aku tidur. lantakla kan.

bagi yang tak bernasib baik, gambar diorang yang tidur dipampangkan. eh, jahat wehh. dahla LCD beso beso. kalau aku kena. memang menempah maut la. kalau aku tak terbalikkan dewan tu, sengaja lah.

masa berlalu begitu cepat. sedar tak sedar dah habis orientasi. eh gembira gila hati. tak payah bangun awal lagi.

tapi hari isnin still kena bangun awal juga. sebab kelas pukul 8. bas pula yang ada hanya 6.30 pagi. nak tak nak kena la jugak bangun pagi. jadi budak baik kena duduk perpustakaan sampai la kelas start. nasib baik perpustakaan awesome tau.

paling best kat sini, tak payah le nak pakai baju kurung hari hari. ambik jeans, t shirt lengan panjang, dah boleh ke kelas. ala ala uitm pulak kan. kepada kawan yang U lain. jangan jeles.



eh, saya dah jadi mahasiswi laaaa!!!


-jangan tanya kenapa saya tutup gambar tersebut.


babai! mau balik melaka!





p/s: sains komputer sangat susah tau. tapi enjoy!





Comments

Popular posts from this blog

kasturi the best

urrgghhh. ngantuknye . >:)

santan lemang