adaptasi perkara baru

sekarang ni aku masih lagi menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar. terutama sekali bila berhadapan dengan bas yang tak pernah langsung nak on time. serupa takyah tampal timetable pun takpa.

selasa lepas aku terlepas bas. bas setiap kali lalu mesti penuh. kami yang dari fakulti lain ini memang sentiasa pasrah bila terpaksa berdiri dengan membawa beg laptop yang sama berat dengan beras 5 kilo. jadi kesudahan aku surrender, pergi solat lepastu dengan harapan bas akan datang lepas ni.

-tergolek di dalam masjid. waarghh. letih!

sekali tengok bas last pukul 7.30. tapi jam kat tangan sudah pukul 8. bas akan start beroperasi balik pukul 10.30.


10.30? WTF.


jadi aku duduk dalam library dulu. main facebook. lepastu jalan jalan kat keliling universiti pakai baju kurung.tengah malam pulak tu. dimana semua kawan seangkatan sudah pun mandi dan bersiap sedia untuk membuat coding yang masyaAllah nak nangis.


balik rumah dah terbungkang macam hape je. lepastu check homework. erghhhhh. banyakknye.nak start mana satu dulu.

math darjah satu. kenapa darjah satu?
sebab hanya melibatkan 1 0 1 0 je. tapi jawapan nak cari,subhanallah, baik tak payah tidur.



okay takpa. tidur dulu.


sekali bangun dah pukul 6. alhamdulillah. homework terbengkalai begitu sahaja.indah hidup di universiti ni sebenarnya. so siapa nak masuk universiti angkat middle finger.


oh, mencarut. sorry senior. sorry kawan kawan.


ok, babai. mahu buat mathematic. bab matrices. yang EROs tu. siapa budak matrik mesti suka teramat dengan bab ni. kenapa aku belajar benda ni? sebab komputer hanya faham bahasa ini sahaja. so, siapa yang terer bab statistic tak payah berlagak.

komputer hanya recognize bahasa terhebat ini sahaja. matrices.(ulang dengan riak)



eh, kenapa negatif je apa yang aku tulis ni. tak baik tau. kita kenala positif walaupun aku difahamkan daripada 50 orang yang ambil AI ni separuh je graduate. takpe. kena positif kan diri jugak.


kuatkan hati. erghhh 3 tahun setengahhh.cepatla berlalu dengan indah.


ok. babai.(sekali lagi)






p/s: by the time aku tulis post ni. roomate aku masing masing dah lentok kat meja masing masing. aku je masih bersenkang mata berjuang demi bangsa,agama dan negara dan robot.
diam.












Comments

Popular posts from this blog

kasturi the best

urrgghhh. ngantuknye . >:)

santan lemang