beg paling best.


dulu masa aku start sekolah, aku selalu pakai barang terpakai. selalunya barang abang akulah. buku, beg dan macam macam lagi.

aku ingat lagi pakai satu beg warna biru hijau. beg tu banyak gila poket. sampai sekarang aku tak tau apa function poket poket tu. tapi yang paling best aku selalu kena compare lah.

beg aku buruk, beg orang lain cantik. beg diorang semua pulak stok macam luggage. siap ade roda lepastu boleh tarik. macam nak naik flight kat KLIA.

tapi aku tak kisah. aku pakai apa yang ada, nak ejek. silakan.

sampai la masa aku darjah 5.mak aku kesian tengok aku yang semua benda tak kisah. sampaikan beg tu dah buruk pun aku pakai lagi. yang lebih critical, bila beg tu dah start mengecil dan tubuh makin membesar. obvious betul beg tu kecil bila badan dah start besar kan.

jadi,kebetulan mak aku kena pergi US. tak semena mena mak aku belikan aku beg ni.


-beg jansport.

masa dapat beg ni aku macam biasa je.sebab time tu mana reti appreciate barang lagi.lepastu tak heran dengan jenama jenama ni. sebab masa tu jenama yang paling famous bagi aku ialah swans. siapa pakai beg swans anak loaded.

tapi time tu la.


bila dah meningkat remaja, ,dalam umur 13 macam tu, baru tau jansport ni jenama yang bagus.time tu memang bangga habis la.beg converse masa tu pun tak boleh challenge beg jansport aku ni.

hah riak.

tapi dalam pada riak tu, dulu aku selalu jugak la balik sekolah jalan kaki. aku selalu jalan kaki dengan budak budak flat yang sekolah dengan aku. saja taknak rasa boring bila berjalan. sekali dia tanya aku rumah kat mana. aku cakap la rumah aku kat au2. area rumah teres tu.

mati mati dia tak caya. dia kata mesti rumah aku, rumah flat. kalau rumah teres kenapa pakai beg buruk macam ni? sampai sekarang aku tak faham padangan dia terhadap orang. beg buruk,rumah flat. beg converse,rumah kondo. beg swans, kandang angsa kot.

nasib baik bulan syawal. boleh aku maafkan kau.(sambil tu, silalah google jansport yea cik adik.supaya tak malu nanti)


ada suatu masa tu,aku ingat lagi dalam kereta aku cakap dengan mak aku. aku cakap yang aku akan pakai beg ni sampai aku masuk universiti. tak sangka. betul jadinya..

esok dah nak start alam universiti. aku dah siap siap basuh beg ni. aku akan pakai. tak caya tengoklah. ramai yang kata macam nerd. eh, biarlah. aku taknak bebankan bahu aku sandang beg kat sebelah bahu je.

yang lain nak pakai beg apa tepulanglah. ikut selera masing masing.

eh, semalam pergi airpot. beli perfume nih. fuhhh bau dia..


-best bau dia, bagi yang tak suka bau tajam. jangan beli minyak wangi ni.
btw ni giorgio armani.hehe.

eh tak berlagak la. nak bagitau je. tau tau.


babai.

(mungkin takkan post apa apa selama 2 atau 3 bulan. selamat tinggal dunia blogging untuk sementara waktu ni. kepada kawan kawan lain,yang akan meneruskan perjuangan di universiti ,diucapkan selamat berjaya!)










Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

kasturi the best

urrgghhh. ngantuknye . >:)

santan lemang