saya tahu
semalam bila senior datang mengajar. aku laju mengangguk bila dia kata faham ke tidak. jadi lepas diajar hati ini berkobar jugak la nak buat sendiri.

sekali nak buat boleh pula lupa.
terpaksa la meminta belas ihsan kawan untuk ajar balik semua.nasib baik la beliau berhati murni untuk mengajar.dengan gelojoh aku bawak laptop ke bilik beliau dan membuat programming dengan riang.selama 2 jam laptop dibiarkan menyala tanpa adapter.
sekali dah siap semua boleh pula TUUPPP. teerpadamm. haram jadah, kerja semua tak save lagi.
dengan pantas aku cabut adapter kawan aku yang sebelah lalu menyambungkan kat laptop aku. notice,beliau menggunakan komputer yang sama.
TUPPP!!!! beliau punya pun terpadam juga. shut la wei! kenapa nihh.
rupanya beliau telah menanggalkan bateri dan hanya bergantung harap kepada adapter itu sahaja.dengan berlakunya kejadian tersebut, kerja beliau pun hilangla begitu sahaja sama seperti aku.beribu maaf sudah diberi walaupun jawapan akhirnya hanya..
takpaaaa.takpaaa. (*orang kedah)
sorry tau tihah!
sekali roomate check balik,rupanya sudah di autosave.grrr.
saya bukan pelajar ICT. nope.
jadi menyelesaikan benda tu sampai lewat malam.time nak tidur tu aku boleh lagi tulis diari pasal crush la bla bla bala bla.sepatutnya selesai sahaja tugasan programming tu hendaklah tidur ,kerana keesokkan harinya ada kelas.
kelas programming.
kelas start pukul 8, aku bangun pukul 7.45. what the F. nak tunggu bas lagi. nak mandi lagi. ergghhhhh.stresssnye tahap apa pun tak tau la. akhirnya aku pun skipped la kelas. sekarang ini tengah menulis surat untuk ketidakhadiran aku di kuliah.
fuhh.
belum sampai sebulan aku masuk kelas, dah ada kes. macam mana hari yang seterusnya ni.
jadi, hari ini dilalui dengan penuh pengajaran.seperti jangan tidur lewat.jangan lupa kunci alarm clock dan paling penting jangan lupa solat. aku percaya, solat dapat mencegah kita dari sebarang kelalaian.
oh yea. tadi dapat mesej dari mak. awww. sweet tau. terus rasa nak belajar.
melaka sentral tunggu saya jumaat ni. omaigod tak sabar gila nak balik!!!!
babai! mahu baca buku OSK.
Comments
Post a Comment