sebegitu lama,kenapa tiba tiba sekarang.

entri ni panjang gila tau. panjang gila babeng*

semalam aku check dekat ptptn punya borang. dia nak sijil spm.


yea, SIJIL SPM. diulangi SIJIL SPM.



weh,aku mana la ambil lagi. plus hari ni jumaat, sekolah bukak sampai pukul 12 je. bila tengok jam, oh pukul 8. awal lagi..rilex dulu. tgk youtube,karaoke jap, main kucing, lepastu pergi dekat myresepi cari resepi, sedar tak sedar dah pukul 10.30.

wehh, mandi pun tak. kelam kabut kelam kabut. siap!

sekali dengan berat hati aku pergi bilik ayah. ketuk bertalu talu. tapi ayah kata ayah tak larat nak bangun.okay aku faham. sekali aku pergi bilik abang....aiseh..


memang takde harapan la. dah dok selubung muka dia dengan selimut tu memang takde harapan le.


so aku bawak kunci rumah,keluar dan berjalan secepat mungkin.lepastu terfikir. eh, macam mana nak naik atas bukit ni. confirm penat ohh. mane teksi?mane teksi?cepat cepat. aku dah penat ni.


sekali ada teksi.syukur. perjalananku di permudahkan.


dah sampai sekolah,jumpa cikgu. salam cikgu.lepastu berlari pula ke pejabat ambil sjil spm. pot pet pot pet dengan kerani pejabat. akhirnya selesai. kebetulan pula harini pengetua sekolah aku bersara. woih, meriah gila sekolah dengan bagai bagai acara.


demi nak melarikan diri. aku ambil tangga hujung yang dekat dengan pintu pagar sekolah. boleh keluar senyap senyap.


ahh lega tatkala diri ini dah dapat benda yang dihajati. punya la sayang sijil tu sampai tak sanggup nak lipat.pegang je. sampai hayun hayun dekat orang ramai.


masa balik tu aku terkenang jugakla. macam ni la masa aku balik rumah dulu... jalan kaki. turun naik bukit.time tu pula aku pengawas. dengan pakai blazer nye. Ya Allah, tak boleh nak bayang semua tu dah.nasib baik lah dah lepas dah zaman zaman nerd tu.tiba tiba syahdu pula kat situ.


baru aku teringat kalau nak balik kena lalu dekat terowong jejantas tu. kat situ dah la takda orang. berdebar jugak la kan. aku jenguk kejap. okay takde orang. boleh la turun dengan riang.


sekali tengok ada budak lelaki duduk bersandar kat lantai jejantas tu. okay, mungkin budak biasa biasa je kot.lepastu, aku pergi lagi dekat dengan terowong tu. kenapa dia cakap sorang sorang? tak betul ke dia ni? takpela kot. jalan je la.


sekali, dia pandang aku. lama kot dia tenung aku. time tu aku berjalan lagi. dia bangun. lepastu dia pergi dekat dengan aku.

weh, Tuhan je tau perasaan aku macam mana time tu. aku baca ayat Kursi banyak kali kot. sumpah banyak kali sampai tersasul sasul.

lepas dah nampak dia buat macam tu, aku pusing belakang lari macam dah tak cukup tanah dah. lepastu aku dengar dia panggil panggil aku. kat tangan dia macam dia ada genggan something.benda tu bulat warna kuning. aku pun tak tau ape benda tu.

masa panggil tu sempat jugakla aku paling kan muka. lepastu aku babai kat die.sumpah nampak macam bodoh. serius.


aku round round dekat sekitar area tu. tak nampak pula jalan keluar. aku jalan jalan,sekali jalan mati.punyala jauh aku jalan. ish.


aku patah balik,tengok. ada tak dia. time tu aku nampak dia dah keluar. okay. jalan laju laju. nasib baik ada sorang budak perempuan lalu dekat situ juga, boleh la aku jalan dengan dia.

aku tanya la kat budak perempuan tu.

me:" dik, tadi ada nampak tak sorang budak lelaki duduk kat sini?"

adik tu:"oh, drug addict tu ke?"

me:" hah? drug addict ke budak tu?"

adik tu:"haah kak.. dia selalu duduk sini,lepastu cakap sorang sorang. tempat ni memang tempat diorang hisap.."

me:"ohhh. fuhh. ..nasib nasib.."


lepastu aku cerita la kat dia apa yang terjadi tadi.lepastu dia pun bercerita jugak. dan lepas tu aku terus balik. hajat nak singgah jusco dulu. tapi tak larat dah. penat sangat.tambahan,harini terlepas sahur.


entahla, aku dari form 1 sampai form 5 balik jalan kaki guna terowong tu. tak pernah pula jadi apa apa. lepas dua tahun aku tak jalan kat situ,tiba tiba pula harini yang terjadi.


mungkin dugaan bulan puasa.


time aku balik, abang pula dah bangun. dia baru terkial kial nak call aku. dia kata masa aku panggil dia suruh hantar ke sekolah tu, dia ingat benda tu dalam mimpi.

hampeh betul la.

lepastu aku cerita la kat dia. dia kata buat pe lari, drug addict tak kejar orang. hah, yela tu. kalau dia kejar macam mana?

ishhh.


okayla, mahu tidur. tak laghaatt laaa~



babai.





p/s: masa aku salam cikgu tadi, aku nampak cikgu macam tersipu sipu malu. lepastu aku nampak riak muka yang bangga sebab aku mention yang aku bakal masuk uni. wah ambil degree pula.

okay aku pula yang riak.




Comments

Popular posts from this blog

kasturi the best

urrgghhh. ngantuknye . >:)

santan lemang