share resepi



memandangkan harini aku tak balik raya. aku kena masak. makan pun sorang sorang. sedih kan? masa takbir raya tadi aku duduk sorang sorang kat ruang tamu.

berfikir. kenapaaaaa laa aku takkk balikkk kampunnngg????

sebab raya tahun ni tak best. ramai sedara tak balik. semua raya di rumah masing masing. jadi, jiwa yang memberontak ini pun tak nak ah balik. mane syok main bunga api sorang sorang. nak ah ramai ramai.


takpa, mungkin raya tahun depan akan menjadi lagi best. ada hikmah di sebalik semua ni.saba saba.


eh,harini aku masak benda ni. cuma harini best sikit sebab aku sudi kongsi resepi rahsia.bukan senang aku nak kongsi rahsia ni. cuma orang tertentu sahaja. nama masakan aku ni.


spaghetti orang pemalas tak balik kampung beraya. hah!


okay sediakan,

bawang putih 2 ulas.
bawang besar 1 biji.
halia sesuka hati( tapi aku letak banyak)
daging ayam diblender/dicincang.
lada hitam.
carrot(dihiris halus halus)
sepeket spaghetti.(aku guna separuh je. sbb makan sorang)

bahan yang perlu diblender:

tomato 2 biji.
( masa blend tomato ni, masukkan sos kimbal. sos kimbal tau. jangan sos lain. siapa masukkan sos lain aku sumpah benda tu tak menjadi)

hah, ni step dia:

1. tumis bawang putih, bawang besar,halia. tumis sehingga naik bau.
2. masukkan ayam. goreng ayam dengan tumisan tadi sampai masak.
3. masukkan tomato yang sudah di blend. biarkan ia masa lama sedikit.letakkan sedikit pepper.
4. lepastu masukkan spaghetti yang sudah direbus. kacau kacau.
5. selepas itu letakkan carrot yang sudah dihiris sebentar tadi. biarkan ia masak.

selesai, boleh terus makan kalau nak terbakar lidah. bagi yang sabar, biarkan ia sejuk sedikit.


-tangan yang menggeletar.

-nervous gila nak rasa.



okay, sebenarnya first time aku cuba resepi ni. tapi dah gatal nak bagi tau orang kan. dann aku tak cuba lagi makan spaghetti tu.


selamat mencuba.


eh, selamat hari merdeka raya.


babai.



p/s: aku dah rasa tadi. aiseh. kenapa begini? kenapa? kenapa? kenapa?okay rasa dia kelakar. mungkin sebab aku makan dengan tempe.

Comments

Popular posts from this blog

kasturi the best

urrgghhh. ngantuknye . >:)

santan lemang