value itu penting.
semalam memang boring betul. ingat nak sambung tidur sampai ke petang. tapi fikir balik,batal kang puasa.
plus,sesi memasak aku yang akan uruskan.
kalau tidur sampai tak ingat dunia alamatnya makan roti dengan marjerin jela berbuka semalam. so,aku decided untuk mencari movie yang gila gila sikit. cari punya cari tak jumpa.
akhirnya,aku jumpa cerita ni.
cerita ni aku tak pasti sama ada based on true story ke hape. tapi yang pasti, cara diorang berlakon sangat real okay.
okay ceritanya gini,aku pendekkan. dalam poster ni adalah seorang teenager obese yang bermasalah. dia bermasalah dalam dua aspek,keluarga dan pembelajaran.
dekat sekolah, dia disisihkan sebab masalah fizikal yang terlampau besar. memang dia tunjuk,dalam kelas duduk sorang sorang.tak bercakap. siapa yang try ejek dia ni memang kena baik punyalaahh . dekat rumah pula,dia mempunyai ibu yang sangat abusive. asyik memukul sahaja. lepastu apa saja yang dia buat semua tak kena. ayah kandung dia pula,tak diceritakan dalam ni.ibunya berkahwin dengan lelaki lain.
dia ni dibuang sekolah akibat mengandung. mengandungkan anak ayah tiri dia. ayah tiri dia rogol dia sampai dia melahirkan dua orang anak hasil daripada pemerkosaan tersebut. kesian kan? cerita orang putih ni kalau takda benda lucah tu memang tak lengkap le. ayah tiri dia rogol sikit punya real tau. jijik weh. sangat menjijikkan
aku pulak tengok time bulan puasa ni, haish.aku TERtengok sikit.lepastu terus aku skip part tu.
tapi masa nak dekat habis tu,dia pergi minta bantuan untuk habiskan pengajian dia dalam sekolah. jadi dia dapat. dia masuk sekolah bantuan untuk pelajar bermasalah macam dia.
dari situ dia dapat banyak sokongan moral daripada cikgu dia. which is very good.sangat supportive. dan dia sekali lagi meminta bantuan daripada pusat kebajikan untuk menampung kehidupan dia dan anak dia.
mak dia yang abusive pula dengar je pasal pusat kebajikan tu terus pura pura baik. dia cuba dapatkan simpati dari orang yang nak beri bantuan kebajikan tu.
macam macam helah. tapi at the end,orang pusat kebajikan tu tak endah kan pun ibu dia. lepastu budak perempuan ni sangat kecewa,dia bawa anak dia dua orang tu ikut dia pergi ke tempat lain. tempat mana,aku pun tak pasti.
itu je ending. tapi nampak masa dia dukung anak dia tu,dia tersenyum. mungkin dia bersyukur sebab dapat pergi daripada kehidupan bermasalah tu.
kenapa aku beria ria cerita pasal movie ni? sebab bagi aku movie ni sangat bagus. ada value. orang ramai patut tonton cerita ni.banyak pengajaran.
pengajaran bagi aku,aku bersyukur tidak dikurniakan parents yang mcm ni. bersyukur sangat dapat parents yang sangat penyanyang dan sangat mengambil berat.
syukur sekali lagi. eh jap,nak tengok perempuan ni dalam real life tak?. ehem.
-sangat cool bagi aku sebab dia boleh tampil
dengan badan begini tanpa segan silu.
-ni pula boyfriend dia. woohooo.
skinny girl boleh gigit jari sekarang!
hebat mu ni. aku salute!
cerita ni aku tengok juga. okay comel je. nak, tengok sendiri.
kenapa aku tak buat review? sebab tak perlu kot. hehe. out of 10 stars aku bagi 4 je okeh?
ni cerita jepun. bagi aku cerita ini pemalas. tolong lah,jalan cerita macam ni dah banyak orang buat. tolong kreatif sedikit boleh?
ramai yang kononnye kate siapa tengok drama ni first time akan menangis. weh,aku mengantuk tengok cerita ni.
borrrinnngggg. sorry cerita jepun. anda dah tak best. lagi lagi tengok rambut lelaki tu. ehh tolonglah,warna putih. crime fashion tu dude!
oh yea nama cerita ni koizora.
babai.
p/s: oitttt. FINAL DESTINATION 5 NAK KELUAR 12 OGOS NI. nak tengokkkkkkk!!!!!!
Comments
Post a Comment