bulan puasa banyakkan bersabar
tapi aku tak boleh nak tahan sabar. banyak betul orang atau perkara yang provoked aku pagi pagi ni.
pertama. nasi goreng. lepas bukak puasa aku plan baik punya nak buat nasi goreng ikan untuk sahur. punya semangat, pukul 3.30 aku dah bangun menumis bagai. dah siap masak nasi tu turn out jadi tawar pulak.
sakit tak hati? sakit weh. menikam sanubari ni.
aku tau aku tak patut marah pepagi buta ni. sepatutnye mengaji al-Quran ke hape. tapi hati ni tak daya menerimanya tatkala dugaan yang terlalu berat terpaksa dihadapi. hah,ada benda nak menyakitkan hati lagi ni,sebelah aku je. novel mak yang bersepah bertajuk....
takde kena mengenakan dengan aku,jom teruskan dengan benda lain.
perangai yang menyakitkan hati.
" bodoh". aku memang tidak berminat sangat la dengan perkataan ni. tapi ada je jenis manusia yang selalu mengungkap perkataan ni sebab diri ini macam isaac newton yang boleh cipta banyak prinsip.
maka orang macam aku ni digelar idiot kan.
bagi aku kau lah manusia itu. baru nampak sidikit kelebihan yang Tuhan beri dah riak sampai nak mencaci kelemahan orang lain. yang peliknya perempuan lain boleh pula kau panggil sayang.okay kantoi.
semoga kau berubah.
isu kemasukkan universiti.
ramai sekarang ni tengah kelam kabut nak bukak akaun bank la, nak buat permohonan pinjaman la, nak bayar yuran la. aku tau semua tu ada banyak komplikasi. ni semua disebabkan oleh sistem yang rumit dan tak tentu arah. lepas pergi ke bank ni,pergi pulak ke bank ni.
lepastu pergi balik bank yang first. aiyaaa.
tapi yang rajin untuk menyelesaikan dalam masa yang singkat rajin bertanya kepada kepada yang berpengalaman atau nama glemer, senior. mcm mana nak buat itu,macam mana nak buat ini.unfortunately, ada diantara mereka yang sungguh tidak profesional.
seperti soalan ni.
"salah isi ptptn boleh ubah balik tak?"(sikit innocent punya soalan)
selepastu diikuti pula macam macam jawapan dari orang yang sungguh perihatin. ade yang jawab boleh guna no pin sama.,tak perlu beli baru bla bla bla. boleh repair balik la.bla bla bala.
lepastu adalah mamat ni yang kategori attention seeker boleh pula jawab:
"pergi hantar kedai servis"(maksudnye suruh repair balik)
bagi aku memang kurang ajar jawapan macam ni. jawab la betul betul. minah tu sikit punya curious nak tau. memang aku nak smash je mamat tu balik. sikit je lagi tangan ni nak tekan enter. tapi mengenangkan blog theotherkhairul cakap junior jangan lawan senior terus aku padam balik.
tutup terus facebook. bukak tv pula. menjawab lebih kang tak pasal pasal jadi bahan time orientasi.
okay nak tengok greys anatomy.
babai.
Comments
Post a Comment