drastik

muka kau cengkung.

eh? biar betul?aku pun tak sedar benda ni sampai aku tengok cermin barulah aku percaya. eh tidak,aku tak berdiet yea. aku cuma tak makan nasi. baru 2 minggu? takkan perubahan dia drastik? metabolism tinggi kah?

tak mungkin.

mungkin kerana apple 3 biji sehari? air mineral bergelen? tidur yang mencukupi?
aku pun tak tau. tapi muka aku nampak teruk. kering. bila garu garu dekat bahagian hidung especially macam sisik kulit tu keluar. geli oh.

bila makan semua teringin. tapi bila makan tak habis. automatik benda tu jadi tak sedap. mungkin cuma teringin saja kot. tapi selera tu takda.nafsu dah hilang.

tadi buat mee maggi goreng,letak telur,letak kicap sikit,letak kentang,buat basah sikit. bila nak makan tu macam dah tak ingat dunia. habis masak sambil berdiri makan.

bila gigit mee tu automatik nak keluarkan balik mee tu,yarkkkk. tak sedap tak sedap. tapi selalunya aku buat macam ni habis je. licin dalam beberapa minit.

perubahan ni menakutkan aku. takut penyakit. harap harap takda apa apa.

risau.

babai.

Comments

Popular posts from this blog

kasturi the best

urrgghhh. ngantuknye . >:)

santan lemang