3 hari yang hectic gila babeng

hoish. 3 hari ni memang hectic. tak kusangka tak kuduga. hebat tempat yang aku pergi ni. orang lain bulan 9 baru masuk U. aku haritu dah masuk. hebakk tak?

tak hebat mana pun sebab aku pergi kerana ada kawan(datin) aku yang terlibat dekat sana,jadi aku ni tak pemalu lalu join mereka bersama.

seronott.

seronok jumpa kawan. tak tipu. seronok. seronok gila. tak terungkap kata kata. best gila.awesome.fantabulous. eh sudahla.

aktiviti yang paling banyak ialah aktiviti makan. lepas ceramah makan,lepas solat makan.lepas mandi pun makan. semua makan. makan semua 5 stars. ayam kurma,ayam kicap,ayam sambal,ayam lemak eh banyak ah lagi. semua sedap belaka.

tak tipu. serius. sebab me like everything about food.eleh gatal ayat kau.

hari kedua. ini paling menghiburkan. ceramah dari pukul 8 pagi sampai pukul 12 mlm. tak henti henti.berhenti untuk solat dan makan sahaja.eh seronok. siapa kata penat aku tampo.

okay2 serius balik. sebenarnya sangat penat. nasib baik ada kawan yang menghiburkan. seperti datin paduka pienokio dan datin seri kirara. mereka lah datin paling vogeh di abad ini.


-mereka lah datin datin itu. yang menongkat dagu atas botol ialah datin seri kirara
yang tersadai di bahu tu datin paduka pienokio


mereka sangat low profile. mana ada nak pakai mengelip ngelip ni. ouww awesome tawww mereka ni. suke suke.

eh jap lupa nak tunjuk penginapan i di hostel. nak kasi 2 stars dah boleh ni.


-cadar warna purple. rumah korang ade?

- beg luis vitton i. bukan yang biru,yang ala ala vintage tu.

-barang barang yang terbengkalai di atas meja.
jam tangan patek filip.minyak wangi body shop.kek coklat secret resepi.
dan pencuci muka meri kay.


selesai bab hostel jom kita ke hari 3. iaitu hari terakhir. hari yang dinanti nantikan bagi semua peserta aktiviti kecuali kami tiga datin ni.

minta tolong dan minta maaf. bagila chocolate cadbury sekalipun. sumpah kami bertiga takkan lari sambil para lelaki menengok bak menonton senario.

jadi kami bertiga memutuskan untuk tidak terlibat. jadi mengumpat adalah sebahagian dari aktiviti kami.

-datin seri kirara penat mengumpat.minum sebentar.datin paduka pienokio
tersenyum bahagia.


-datin zaman sekarang dengar mp3 youuu.


alhamdulillah..tak lama kemudian kami pun selesai dari pebagai aktiviti. datin pun sempat claim duit. eh ko ingat datin tak boleh nak claim duit? duit adalah segala galanya walaupun seringgit. dapat jugak modal beli air mineral kesukaan aku sepanjang disana.

balik di kl sental kami berhenti untuk menjamu selera. jadi saya dah berjanji untuk belanja datin paduka pienokio untuk makan di medan selera kl sentral. tetapi malangnya apa yang beliau nak makan sudah habis. harap maaf, saya je yang makan makanan tu. datin 2 orang tu hanya mampu makan benda lain.


-patut i bagi you yang makan datin pienokio.sorry,tak terfikir time tu.
menggelabah lapar punya pasal.

akhir kata,sebelum berakhir. walaupun aku rasa tak seronok dengan aktiviti di sana.tetapi aku seronok dapat luangkan masa dengan korang. tak tipu. Tuhan pertemukan kita sekali lagi sebab dia tahu mungkin kita akan sibuk lepas ni.dah takda masa untuk berjumpa dan mengumpat. jadi di masa yang singkat ini kita boleh berjumpa, bergelak mcm dulu,tidur sekatil,cerita masalah,kenen org tu,kenen org ni,dan mcm mcm lagi.

aww.sedih. dah nak menangis.

sorry,sepanjang masa aku yang banyak mengomel.semua seba serbi tak kena. tapi korang sabar. thanxx datinnn. you all memang awesome. i selalu pathetic. sorry.

-thanx sekali lagi datin.sayang korang.

babai.



p/s:sorry datin paduka pienokio.i tak dapat nak hantar you balik. badan sakit sangat. farewell kita dekat lrt je. i janji. kalau kita ada jodoh sekali lagi.kita makan claypot black pepper chicken rice yang you suka tu eh! i janji.






Comments

Popular posts from this blog

kasturi the best

urrgghhh. ngantuknye . >:)

santan lemang