perangai yang masih boleh aku terima
*entri ni boring tau.boring.
kenapa syazwani tidur lambat?kerana esok ada test berkomputer dan beliau tak baca buku lagi.dengan semangat waja start baca buku pukul 2 pagi diselang seli pula bermain anak kucing sampai pukul 5 baru habis baca.
seperti biasa makcik som atau kaksom atau cikgu memandu aku tu berjanji nak ambil7.30. agaknya sesat sekali lagi pukul 8 baru sampai.
awesome. sempat lagi bertukar tudung. kejap selendang kejap bawal,eh selendang balik.eh dua dua pula. akhirnya bawal.
setelah sampai sana tempat yang nak ambil test tu,cikgu kata
"syazwani,pergi atas BAGI IC.lepastu sign."BAGI IC tau. IC. bagi IC dulu.
aku naik atas tanda tangan,selamba badak terus duduk.see aku terlupa something.
okay jom cerita perangai manusia sepanjang aku duduk dekat sana akibat kelalaian aku sendiri yang buat macam tempat test tu family punya.
perangai 1:
aku tengah duduk,tetiba datang la satu couple ni.kecik je couple ni.dia bawa sorang anak pompuan. pergh. isteri dia pakai high heel tinggi nak mati.anak dia pula badan buntal muka comel putih gebu gebu je. bila cakap macam manja manja.suami dia pulak dari tadi masuk asyik mengomel je . entah apa mengomel. aku pun tak tau.
sekali tap diorang duduk depan aku. eh terlindung terus pemandangan aku. cis
ini perbualan diorang.
suami:"pergi la dekat pendaftar tu tangkap gambar.pergi je dekat dia.."
isteri:"eh yang you sibuk ni knape?"( lebih kurang la)
anak:"ibu buat ape dekat sini?"
isteri:"saja je duduk duduk dekat sini. ish. ibu nak ambil ujian la"(nada marah tau)
anak:*tertunduk.
isteri:"nanti kamu balik la,nanti ibu tak boleh nak concentrate nak buat ujian kalau kamu ada. pergi balik"
suami: *tiba tiba. "eh apa pulak you tak boleh concentrate??!! you buat dekat dalam bukan dekat luar ni.kami tunggu dekat luar. you kalau nak berjoget pun boleh kat dalam tu."
(aku pun tak tau ape kene mengena berjoget dengan concentrate)
anak:*tergelak.
si ibu fed up terus pergi kedepan tangkap gambar. aku termenung. sekali suami dia toleh ke belakang. aku dah naik seram.
suami:" awak dah bagi IC ke belum"
"belum.kenapa?"
suami:"pergi bagi! nanti awak lambat masuk test tu!" *eh marah pula dia.amboi.
"tapi takde pun orang bagi"*sebenarnye terlupa.
suami:"awak jangan ikut orangg nanti awak yang lambat. pergi bagi!"
"eh ye lah."
cepat cepat aku bagi eh terus masuk.sebelum tu kena marah dengan amoi. okay,aku cuma nak cakap yang walaupun dia selamba badak tengking aku depan orang ramai.tapi aku masih boleh terima sebab kalau dia tak cakap aku tak bagi ic tu dekat pendaftar. and sampai petangla baru aku habis test tu.
dan miraclenye saya lulus.awesome sekali lagi.
perangai 2:
selesai habis,makcik som jemput aku. woih makcik ni laju gila dia bawa.dia ni nak buat drift ke? woihhh. pelann.skett.sekali ada trafic light kat depan and makcik.ni.tak.sempat.break.dan.langgar.lampu.merah.
sekian.
tapi aku suka sebab makcik ni best.gelak kuat gila. enjoy aku dengan dia. dia pesan time jpj jangan buat.eh memang tak ah aku nak buat.
perangai 3:
lepas balik,mak ajak makan nasi lemak. sekali aku turun je kereta. ada satu makcik ni memandang dengan penuh pelik..tenung semacam.
lama gila dia tenung. sampai aku ke depan ke belakang balik,mata dia tak lari.
tapi aku terima.sebab aku redha yang aku ni pelik sikit dari yang lain. pelik dari segi putih nye,tinggi,comel,gebu. dan.dan.dan besar sikit.
okay makcik saya terima perangai makcik yang suka suka je stare orang macam tu.sebab saya terima diri seadanya.
perangai 4:
selesai makan mak ajak shopping dekat carefour.nak beli baju kurung. aku paling annoying time ni la sebab tak tahan dengan mak yang memilih pakaian serupa takda hari esok.
letak,angkat,letak,angkat balik.
argghhhhhhhhhhhhh..,..
last last aku kena jadi model. setiap kain yang mak aku tengok dia suruh aku lilit dekat badan. nak tengok dari jauh katenye. nampak sikit corak kalau dah disarung.
sekali ada couple lalu.bukan couple yang dekat test tadi.
dia lalu.boyfriend dia tengok je aku melilit badan aku beria ria. eh mak yang suruh.
girfriend: "eh comel je dia lilit baju tu. jadi model pula."
boyfriend:" ha'ah comel"
...lalu dua dua gelak. aku malu tapi syok sikit.
*macam macam perangai manusia ni.pelik,garang,tiba tiba,bajet bagus, dan ada yang direct terus. perangai yang ke 4 tu memang aku tak boleh nak cerita macam mana real seperti yang aku alami. tapi yang pasti diorang gelak sangat kuat.
eh bosan kan.
tapi nak cerita juga.
babai awesome.
Comments
Post a Comment