kau bukan lagi.

semenjak putih dah takde,aku lama gila tak main dengan anak kucing. last dia beranak time garfield. time tu dalam banyak banyak anak kucing si garfield paling gemuk. and dia lah hero minum susu. yang lain memang tak kan menang.masa tu putih beranak sekali 7 ekor.

namun banyak yang mati sebab tak dapat susu,tertinggal ketika maknya dalam proses memindah kan anak, ada yang kena hempap kes ni aku perasan bila aku angkat badan si putih tengok ada anak kucing yang dah biru. yea putih sangat berat.

ini gambaran setelah kekenyangan susu.

-gambar diambil di google

tak tipu.garfield memang pernah tidur macam ni. yang macam warna putih depan sekali. ada sekali tu aku beria ria nangis. sumpah ingat dah mati. sekali mak dia datang jilat jilat terus die kembali tegak berdiri.

wah indah..

namun sekarang beliau sudah dewasa. perangai pun dah macam orang dewasa. kelakuan dah tak boleh nak kawal. tegur pun tak boleh dah sekarang ni. kalau tegur mesti lari dari rumah. 3 hari lepas tu baru balik. kadang kadang aku nampak raut wajah ayah yang sedih menunggu anak jantan pulang ke rumah.

namun hambar. bila pulang. terus mintak makan. menjerit jerit. memang tak sopan. kalau semua orang buat bodoh mula la menggigit tanda protes.

sedih weh..sedih..

ada sekali tu,dia balik rumah,dia ikut je aku serupa macam gangster. lepastu aku dengar dia bising bising macam memaki. lalu aku malas nak dengar dan memberi dia makan. selesai bagi makan,aku masuk ke rumah. 5 minit lepastu aku tengok dia kembali berhadapan dengan aku dengan jalan yang tidak tentu arah. pusing pusing. dan berhenti sejenak merenung aku.

"kenapa ni?" aku bertanya.

dia hanya membisukan diri. jadi aku pergi melihat apa yang telah terjadi dekat makanan dia. sekali aku tengok si buta tengah menghabiskan makanan dia dengan penuh selera dan ceria.

"kenapa kau tak halang dia? tu bukan makanan kau ke?"

garfield:"dia cinta hatiku"

eh banyak pula kau punya cinta hatiku. makanan tu aku beli guna duit poket aku tau. makanan kau dahla mahal. lepastu demand tak nak yang ada sayur. semua nak seafood je.

"berambus si butaaaaaaaaaaaaaa!!!"

si buta menunjukkan middle finger dan blah dari situ. garfield yang semenjak tadi menyorok,lalu makan kembali. selepas makan beliau ghaib dengan tiba tiba tanpa memberitahu ke mana. ayah bertambah pilu lalu menonton aljazeera.

selepas tu aku serik lagi nak buat baik dengan si garfield. dia ni memang tak boleh pakai .aku mengambil keputusan nak ambil satu lagi peneman setia hingga akhir hayat kalau boleh.

dan menamakan ia rocky.

-gambar memang tak jelas. menggigil.


-time ni handphone dah nak terjatuh akibat disergah oleh maknya.

malang sekali ini adalah anak si buta. what to do. aku kena jadi pencuri la untuk dapatkan dia ni.

babai.


Comments

Popular posts from this blog

kasturi the best

urrgghhh. ngantuknye . >:)

santan lemang